Lazimnya, setiap kali exam menghampiri, setiap kali itu jugalah rinduku pada keluarga di kampung datang menjengah lebih dari biasa. Bukan tidak rindu pada mereka di hari-hari biasa yang lain, rindu, tapi bila exam dan mengenangkan karenah adik-adik yang mampu membuatkan diri ‘terleka’ sebentar dari ketensionan belajar untuk exam membuatkan diri ini rindu yang amat. Ana selalu berfikir bahawa mereka tidak pernah membesar, malah masih membayangkan mereka selalu kecil dan manja. Terutama untuk adik bongsu 'Aisyah dan second bongsu Ilyas. Yang setiap kali balik boleh dipeluk dan dicium sampai diorang rimas, yang boleh di’buli’ buat macam-macam, yang boleh di’sakat’ sampai diorang jerit tak tahan, yang boleh di’layan’ cakap hal kanak-kanak, yang boleh dibawa keluar kehulu kehilir, yang boleh diajak main dan macam-macam lagi. Rindu....
Tak kurang juga rindu pada mak dan ayah. Bebelan mak yang banyak men’dewasa’kan diri, kata-kata ayah yang banyak membuatkan diri berfikir dan berusaha menjadi lebih baik. Alhamdulillah, sekarang ana bukan sahaja ada seorang ayah dan seorang mak, tapi Allah anugerahkan lagi lima orang adik yang InsyaAllah banyak menceriakan perjalanan hidup ini.
Hanya Allah sahaja tahu betapa saya tak sabar nak balik dan peluk mereka semua kerana rindu..Sekian..
0 comment:
Post a Comment