2009-02-15

KISAH INI KISAH ANA

-= In the name of Allah Most Gracious Most Merciful =-

Hari ini genaplah umurku 20 tahun 2 bulan 11 hari. Segala puji bagi Allah, tanpa ku sedari nikmat umur yang diberikan olehNya kepadaku begitu sempurna tanpa berlaku cacat cela yang terjadi di dalam setiap masa dan waktu ku. Semakin hari, semakin ku menghitung peristiwa, tak sedarku untuk menghitung umur yang telah diatur olehNya tanpa ada sesuatu yang sukar ku nafikan atas kesempurnaanNya.

Segala puji bagi Allah.

aku kembali terimbau..

*sewaktu aku bermain basikal dengan kawan-kawan*

*sewaktu aku belajar mengaji dgn ibuku*

*sewaktu aku menangis kerana ibuku tidak membelikan mainan kesukaanku*

*sewaktu aku menangis ketika ayahku lambat menjemputku pulang dari sekolah*

*sewaktu aku dimarahi kerana sikapku yang degil*

*sewaktu ibu dan ayahku menjagaku ketika aku diserang demam campak yang teruk selama seminggu*

Dan kini, aku telah pun dewasa. Nikmat kehidupanku kesemuanya datang tanpa ku undang. Ia datang tanpa sesiapapun yang minta. Namun, ia datang atas kasih sayangNya padaku. Ia takkan sekali-kali mengizinkan sesiapa pun untuk mengatur hidupku. Namun, Dia lah yang Maha Bijaksana.

Aku terpaku pada sesuatu.

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran"
(Al-Qamar:49)


Terima kasih Allah. Kerana memanjangkan umurku. Nikmat yang Engkau berikan kepadaku tanpa jemu Kau memberi dan tanpa Kau kira siapa aku di sisiMu.

0 comment: