2009-04-14

Mampukah Aku Menjadi Pewaris AlQuran-Mu??

"Allah telah menurunkan al-Quran kepada umat Islam dan seluruh manusia"

"Kitab al-Quran adalah untuk kita umat Islam khususnya (sebagai panduan)"

"Rasulullah sendiri telah membaca al-Quran selama hayatnya"

Bagaimana kita mengaku sebagai umatnya??
Andai di hati tidak terdetik walau sedikit tenang tika dibicara tentang kalam suci ini..

Kalau kita hendak tahu tentang hati manusia..
"Lihatlah kesukaannya dan kecintaannya kepada kitab al-Quran.."
"Lihatlah bagaimana dan sedalam mana kesukaan manusia itu kepada membaca al-Quran.."
Bagaimana sukanya dia membaca al-Quran..
Begitulah sukanya dia pada ALLAH!

Bagaimana cintanya dia membaca al-Quran..
Begitulah cintanya dia pada ALLAH!

Jangan percaya pada zahirnya orang beragama itu!
Tetapi lihatlah kepada kesukaan dan kecenderungan hatinya!
Lihatlah apa orang itu suka!

Kerana iman itu tempatnya di HATI !
Suka itu adalah bersangkutan dengan HATI !
Dan hati itu bersangkutan dengan IMAN dan IHSAN dan TAQWA !
Soal hati adalah perkara yang serius..

Bagaimana jauhnya orang itu kepada KALAM ALLAH..
Begitulah jauhnya hati orang itu pada ALLAH!

Sahabatku...

Apa gunanya kita bermegah-megah dengan ijazah menggunung jika kita jahil tentang alQuran??

Apa gunanya kita berpangkat tinggi kalau sepatah pun jika dapat diungkap dari Kalam Ilahi??

Apa gunanya gelaran yang meriya'kan andai kita buta tentang apa yang terkandung dalam alQuran???

Renung dan fikirkan...
" Rasulullah s.a.w bersabda :Pada hari kiamat akan diseru kepada ahli al-Quran (para hafiz al-Quran), Teruskanlah bacaan al-Quranmu dan teruskan menaiki tingkat demi tingkat (syurga) dan bacalah sebanyak mana yang telah kau baca semasa di dunia. Tempat berakhirmu ialah di mana engkau telah sampai ayat terakhir daripada bacaanmu."(Hadis riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Nasaie)

0 comment: