2009-04-05

Kobarkan Ruh Jihad Muslimat!!

Sejarah telah membuktikan bahawa peranan muslimat tidak kurang pentingnya dlm melangkah menuju ke medan jihad yang dipenuhi dgn pelbagai mehnah & tribulasi.Walaupun dilihat sebagai kaum yg lemah lembut serta penuh dgn adab kesopanan,muslimat yg mempunyai jiwa yg jitu berteraskan ruh Tauhid tidak akan sekali-kali lemah & longlai bahkan sentiasa gagah memperkasakan diri utk memenuhi tuntutan Sang Ilahi.

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili adalah contoh seorang aktivis Islam yg sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan kebenaran yg beliau yakini.Beliau merupakan ketua Jama'ah Muslimat yg menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.

Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser,puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa.Zainab Al-Ghazali dgn sepenuh kemampuan yg dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yg dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan & rohani dihulurkan....Rancangan utk membunuhnya telah dilakukan.Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan ke atasnya.Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau.Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dlm penjara,pemerintah telah mengarah agar beliau diseksa dgn penyeksaan yg berat.namun beliau tabah menghadapinya dgn penuh yakin akan janji Allah: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.."

Begitulah kecekalan seorang mujahidah pilihan yg mempunyai semangat juang yg berkobar-kobar hanya semata-mata mencari redha Allah S.W.T.Zainab Al-Ghazali sentiasa menjadi teladan (qudwah) kepada saff pejuang muslimat yg thabat utk menegakkan kebenaran sehingga tibanya yaumul qiyamah....

0 comment: