Tanggal 4 Januari 1989 lahirnya seorang bayi suci tanpa dosa dari rahim mulia seorang wanita tabah, Sufiyyah bt. Salim..
Diazankan Sahamudin b Ismail anak ini dengan kalimah tayyibah..
Penuh sayu, penuh pengharapan..
Menggunung impian..
Agar anak yang dilahir ini bakal menjadi wanita muslimah..
Agar bayi kecil ini bakal menjadi pewaris AlQuran-Mu..
Agar anak sulung mereka ini bias menjadi qudwah terbaik buat adik-adiknya selapas ini..
Masthura…
Indahnya nama seindah impian yang ditabur kepadanya..
Moga terus terhijab dia dari dosa dan maksiat..
Terangi jalannya dengan nur AlQuran dan sinaran Islam..
Membesarnya anak ini dalam dunia penuh kesederhaan,
Walau dalam arus kemiskinan emak dan ayah tercinta berusaha memberi yang terbaek untuknya..
Walau dalam kesempitan tidak pernah anak ini diabaikan..
Dikandung selama sembilan bulan yang penuh kesakitan..
Disusukan dia penuh kecintaan..
Dididik dan ditarbiyah dengan penuh kerinduan dan casi sayang..
Ditatang dia bagai sang puteri..
Terima kasih ayah yang kucinta..
Terima kasih emak yang kurindu..
Menuju usia remaja..
Banyak ragam dan karenahnya..
Pelbagai kebanggaan buat emak dan ayah tercinta cuba dibinanya..
Namun..
Dalam gembira dan suka pasti juga terselit secebis duka dan derita..
“Maafkan kakak, mak..maafkan kakak, ayah..andai pernah diri kalian terluka dengan anak kalian ini”
Menuju gerbang mencari hala tuju sebenar hidup ini didunia..
Mula diri sedar apa hadaf dan ghoyah penghidupannya disini..
Mencari diri..
Mencari iman..
Mencari taqwa..
Mencari Islam..
Mencari ihsan..
Mencari bimbingan..
Mencari qudwah..
Jangan disesatkannya dalam pencarian ini..
Jangan dipesongkannya dalam menggapai redha Ilahi..
Kini..
Masthura ini ingin berazam..
Jangan lagi dia dipaling dari taufiq dan hidayah Ilahi..
Cukuplah khilaf sebelum ini buat peringatan buat diri..
Ingat duhai diri..jangan diulang lagi!!
Dalam pencarian ini,
Pelbagai ujian dan dugaan yang dilalui..
Aneka pengajaran yang diperolehi..
Rimbunan pengalaman juga dikecapi..
Sebagai tarbiyyah buat diri..
Syukran ya Ilahi..
16:36,13:04:09
Musolla Block A,
Centre for Foundation Studies IIUM
2009-04-13
Menuju Hari Ini..
perkongsian thaqofah 'Aysha..dikau qudwahku at 12:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment