Firman Allah SWT:
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta serta jiwa dan hasil tanaman. Lantas berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baraqah 2 : 155)
FirmanNya lagi :
“Dan seandainya matlamat (kamu) itu dekat dan perjalanan (yang mesti ditempuh) itu pendek, nescaya mereka akan mengikut kamu. Akan tetapi ia menjadi sesuatu yang jauh bagi mereka disebabkan oleh kepayahan (yang ada)”. (At-Taubah 9 : 42)
Tribulasi adalah seiringan dengan perjuangan. Amal Islami adalah tanggungjawab yang Allah SWT taklifkan kepada kita sebagai pewaris Anbiya’. Oleh yang demikian, persediaan fizikal dan mental adalah suatu kemestian. Walaupun bentuk tribulasi itu mungkin berbeza dari satu zaman ke satu zaman yang lain, ia tetap memerlukan bekalan yang sama iaitu iman, sabar dan istiqamah. Jangan jatuh, jangan mudah luntur semangat kalian duhai sahabat seperjuangan kecintaanku. Hidup kita untuk jemaah Islam, tanpa jemaah siapalah kita.. membangun bersama Islam. Allahuakbar!!!
0 comment:
Post a Comment