2009-10-08



Muslim Islam


Islam itu molek. Lihat saja pada asma’nya. “Penyerahan diri jiwa dan raga secara total kepada Pemilik Abadi, Allah SWT. Tetapi adakah dengan apabila insan itu mengaku sebagai Islam maka automatically dia menjadi seorang yang ‘islam’? Islam itu sendiri bersifat pengabdian, maka dengan mengaku menjadi seorang muslim maka seseorang itu melakukan islam, dan verb Islam ini secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan, tidak terbatas kepada teori dan ritual semata.

Sama seperti ukhuwwah islamiyyah, Islam adalah amat indah. Tetapi bukan bermaksud bila seseorang itu sama akidahnya, maka terus dia dapat merasai indahnya ukhuwwah islamiyyah itu. Persaudaraan atas nama islam itu memerlukan setiap yang mengaku muslim berusaha untuk menggapai sesuatu. Whats that? Ianya adalah berusaha memelihara hubungan dengan setiap yang mengaku muslim seperti saudara kita. Baik atau buruk saudara kita, tetap dia saudara kita yang tidak patut kita asingkan. Jangan asingkan mereka dari hidup kita dan jangan asingkan diri kita dari sahabat-sahabat yang soleh. Kenapa? Kerana mereka adalah mentari kita. Doa mereka pelita hidayah, tasyji’ mereka penguat semangat, senyum mereka penerang jiwa, sedih mereka dirasa bersama. Jangan terasing dari sahabat-sahabat yang soleh, kelak terasing dari hidayahNya. Bersahabatlah kerana Allah.

Inilah indahnya ISLAM, dan setiap yang mengaku ‘berislam’ dituntut untuk berusaha untuk melaksanakan ajaran Islam ini. Ianya bukan terinstall secara automatik setelah mengucap dua kalimah syahadah, tapi memerlukan jihad untuk melaksanakannya. Tiada jaya datang bergolek, semuanya memerlukan usaha dari setiap individu muslim itu sendiri. Dan muslim harus berjihad untuk melaksanakan islam itu kerana ia adalah satu proses yang berterusan hingga mentari hilang dimamah qiyamah. Maka adalah tak wajar untuk menilai Islam dari Muslim kerana Muslim itu sendiri masih dalam proses untuk melaksanakan Islam.

TUNTUTAN agenda yang MESTI


Syurga itu mahal harganya dan bukan hanya sekadar ‘five stars’ kebahagiaan dunia malahan adalah lebih dari itu, dan setiap insan yang ingin ke sana perlu membayar "harga" tiketnya. Islam itulah tiket ke syurga. Makna kata untuk memiliki tiket tersebut adalah satu keperluan ke syurga. Dan sudah tentu juga, cuma tiket yang asli sahaja yang pass untuk masuk syurga. Bagaimana untuk menjamin kita bakal mendapat Islam(tiket) yang asli? Jawabnya sudah tentulah dengan tidak mengabaikan manual Quran Al-Karim dan Sunnah A-Syarifah. Mungkin kita tak dapat untuk 100% melaksanakannya sama seperti maraji’ tetapi seharusnya kita berusaha dengan berdisiplin dalam merujuk vision mission Islam oleh Rasulullah.
Amar makruf nahi munkar. Pakej keistimewaan Islam yang datang ‘two in one’. Ianya datang selari, dan muslim perlu melaksanakan keduanya selaras dengan tuntutannya. Usaha perlu selari ke arah dua-dua tuntutan. Sama seperti seseorang yang ingin menjaga kesihatan, tak akan berkesan andai kata cuma aktif bersenam sahaja tetapi diet pemakanan hentam semberono saja. Amar makruf dan nahi mungkar itu satu pakej, tiada titik pemisah diantaranya.

Insan itu Dhoif

Dalam melakukan apa jua proses, pasti kita akan mengalami kegagalan dan dari kegagalan kita pelajari asbabnya supaya tidak diulangi kesilapan yang sama. Selagi mana seseorang itu tidak dapat mengetahui asbab dan uslub mengatasi kesilapan lalu, maka selagi itulah dia akan mengulangi kesilapan yang sama. Maka disinilah perlunya proses menuntut ilmu. Kenal dan menginsafi khilaf lalu agar tidak diulangi lagi. Itqan!!

I Love This Beautiful Islam

Islam ‘mempromosi’ husnudzhon, menuntut ilmu, menjaga ukhuwwah islamiyyah dan pelbagai lagi. Lihat Islam pada fakta dan agenda perlaksanaan sebenarnya, dan maafkanlah muslim yang masih dalam proses menjadi muslim yang benar-benar Islam dalam seluruh hidupnya. Kongsikanlah ilmu thaqofah kepada muslim yang memerlukan. Sama-sama kita mengislah diri. Islah nafsak..wad’u ghoirak..

0 comment: