2009-03-30

Lambaian Indah Nur AlQuran...

Alhamdulilah,kesempatan umur yg masih diberikan oleh Allah ini membolehkan aku meneruskan lagi coretan di wadah ilmu ini.Telah sekian lama laman ini tidak dihiasi dgn kalam-kalam indah,butir-butir madah yg bisa membuatkan hati semakin mendekati & mengagumi kebesaran Allah.Ya Allah.,kuberdoa padaMu agar dipanjangkan lagi usiaku utk aku meneruskan jalan dakwahMu ini.

Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah Taala,penguasa sekalian alam di atas rezeki yg telah diberikan.Buat pengetahuan semua,dgn izin Allah Taala,aku telah diterima utk menjalani sesi pemilihan ke Darul Quran yg akan diadakan pd 2hb April 2009.Impian yg ku anggap sekadar percubaan telah memberi sebuah sinar harapan utkku terus menanam erat bait-bait kalamullah di dalam hati ini utk diamalkan.Tetapi,andai impian ini tidak menjadi kenyataan,ku yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.Masih ada lagi peluang lain yg menantiku di masa hadapan..Walau apapun,doa & ikhtiar terus ku panjatkan mengiringi impian indah ini.

Ku harus sedar..
Sekali ku telah bertapak ke alam ini,ku perlu memikul satu amanah yg sangat besar iaitu menjunjung tinggi & memartabatkan isi kandungan AlQuran di setiap pelusuk dunia.Hafalan bukanlah dijadikan sebagai satu kebanggaan.Bukanlah menunjukkan ketinggian taraf iman & bukan juga menjadi tiket utk mencerahkan peluang pekerjaan.Tetapi setiap kalam Allah yg dilafazkan merupakan satu amanah yg tersandar di atas bahu insan hina ini.Setiap patah bacaan yg dipertuturkan akan dipersoalkan oleh Allah di hari pembalasan kelak.

" Ya Allah,hiasilah diriku dgn keindahan AlQuran.Muliakan aku dgn kemuliaan AlQuran.Serikan aku dgn ketinggian martabat AlQuran.Pakaikan aku dgn pakaian permata AlQuran.Masukkan aku ke dlm syurgaMu dgn syafaat AlQuran.selamatkan aku drpd segala bencana dunia & azab akhirat dgn berkat kehormatan AlQuran...."

Ku pinta doa kalian.....